Sambungan..
Setelah aku merawat Syafiq aritu, maka sepupu Syafiq iaitu Azman meminta aku ‘scan’ dirinya.
Setelah meneliti simptom pada dirinya, dan menerusi ilham firasat aku, di ketahui bahawa Silat Gerak yang Azman dah belajar tu, ada penggunaan ayat Al-Quran, tapi ada juga menggunakan khodam jin untuk menggerakkan segala silat yang di niatkan.
Ini di sah kan oleh Syafiq yang masih terbuka mata batin nya walau sesi TKRnya dah tamat. Beliau dapat melihat dengan jelas jin silat yang berada dalam tubuh Azman. Ianya bukan saka, dan bukan salah satu dari pecahan diri Azman. Ianya konfom jin silat yang terikat kepada ilmu silat yang dipelajari Azman.
Kepada ahli silat ‘gerak’ ni, kalau korang ‘scan’ sesama sendiri memang tak nampak nye. Cuba korang suruh orang dari aliran lain/ perguruan silat yang lain untuk ‘scan’ diri korang. Mungkin diaorang akan nampak apa yang ada kat korang. Pastu sendiri buat keputusan. Kalau nak terus, teruslah. Kalau nak buang, up 2 you. Takde sapa nak kata salah ke, betul ke. Sendiri fikir mana terbaik. Kut mung..
Maka setelah tahu perkara ni, Azman meminta aku membuang ilmu silat nya tu. Bagi Azman, jin ‘gerak’ nya tu dah banyak memberinya kesusahan.
Selalu terjadi ‘gerak’ tubuh Azman adalah di luar kehendak atau kemahuan Azman sendiri. Dan Azman terpaksa ikut ‘bergerak’ juga, klu tak ikut, dia akan sakit pada otot-ototnya. Macam Azman lak yang jadi hamba ‘makhluk gerak’ tu.
Klu dengar orang mengaji Al-Quran, mula dia nak ‘gerak’ bersilat, orang tengok pun pelik, pehal lak mamat tu nak bersilat tengah-tengah surau ni? (biasalah jin bereaksi terhadap ayat Al-Quran). Bila dia ikut sama mengaji bru lah dia tenang (jin jadi lemah atau insaf ngan ayat Al-Quran?).
Bila nak tadah tangan nak berdoa, tangannya tetiba ‘bergerak’ sendiri tukar jadi buka bunga silat lak. Jemaah surau lain tengok pun naik heran, malah ada juga yang ketawa melihat gelagat Azman.
Azman cerita lagi, masa dia menuntut ilmu silat tu, tengah-tengah belajar tu, tetiba datang salah seorang pengajar dari belakangnya dan ‘pam’ sesuatu (memasukkan yang tak dapat dilihat mata kasar) ke dalam tubuh nya. Dan Azman leh rasa pergerakan ‘sesuatu’ tu.
Takpe lah. Aku akan cuba buang ilmu tu seperti yang diminta Azman. Aku pun bacalah Al-Fatihah dan Ayatul Kursi. Tiba nak buang tu, aku baca “wal yaxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxx” aku tarik dan campak, tapi ilmu tu masuk balik. Aku cuba lagi tarik betul-betul, nak tarik tu sikit punya berat da, bergegar-gegar tangan aku. Tak berjaya juga. Syafiq mengesahkan yang ilmu tu tertarik balik ke maqam ilmu.
Ni mesti ada something wrong ni, mesti ada sangkut kat mana-mana ni. Kemudian aku teringat yang aku belum baca doa pemutus kebathilan.
Masa aku baca tu, tangan dah Azman mula nak ‘bergerak’ sendiri membuka ilmu silat.
Aku: Azman, jangan bagi dia kontrol awak. Lawan dia.
Azman: Susah , sakit tangan ni!..
Aku pun tembak Selawat Pembius Jin, maka barulah dia ‘cool’ down. Jin gerak tu dah tak bergerak lagi.
Pas aku baca doa pemutus, aku cuba tarik keluar ilmu tu lagi. Tak berjaya juga. Suruh baca ikrar pemutus, tak berjaya juga. First time aku jumpa yang ketat camni. Klu yang sbelum2 ni mudah aje nak buang. Last-last aku tanya, masa mula-mula nak belajar ilmu silat tu ada baca pe2 tak?
Jawab Azman, ada, berdoa supaya Allah beri ‘gerak’ silat. Doa tu ye, mintak ngan Allah, terpulanglah pada Allah nak bagi camne, itu hak Allah. Tak perlu lah pengajarnya sengaja gi ‘pam’ jin dalam badan budak tu lak. Itu dah kes lain tu.
Sebab dah takde cara dah, maka aku gunakan senjata terakhir. Yakni mintak terus ngan Allah, berdoa. Aku meminta Azman berdoa kepada Allah agar mengeluarkan segala jin dan ilmu silatnya tu balik ke tempat asal mereka, kemudian meminta Azman berselawat berulang-ulang.
Azman pun buat apa yang aku minta tu. Kemudian mukanya mula berkerut, kedua-kedua tangannya terangkat ke atas, sehelai rambut pada pusar ubun-ubunnya menegak macam kena tarik ngan magnet, semua orang leh tengok, dah macam citer x-files nih.
Syafiq: Dah nak keluar tu.
Makin lama muka Azman makin berkerut, seolah menahan kesakitan yang teramat. Kemudian Azman menghela nafas dan tangannya dah turun. Tapi…
Syafiq: Emh, dia termasuk balik.
Aku: Azman, ko jangan tolak sendiri jin tu, Biar Allah yang keluarkan, ko selawat je ulang-ulang.
Maka Azman cuba lagi. Kali mukanya lebih berkerut dari tadi. Tangannya terangkat, rambut menegak. Akhirnya dapat juga keluar. Lega semua, termasuk Azman. Syafiq pun mengesahkan perkara ni.
Aku pun menutup lubang pada jasad batin Azman akibat pengeluaran jin tadi, dengan Selawat Syifa dan Bismillah 5.
Sesi rawatan tamat.
Bila aku dah balik rumah, Syafiq sms aku, “Zi, dia ada balik dalam budak tu..” Mungkin ia dihantar semula oleh guru Azman. Nak buek camno, “suruh Azman bawak ayah dia, jumpa guru tu, minta dia buang dan tarik balik ilmu silat tu”, balas sms aku.
Tak lama tu, Syafiq citer kat aku yang Azman tak berani nak jumpa guru tu, takut di marah dan di herdik, di belasah ke, maklum lah, yang belajar ilmu-ilmu camtu barannya lain macam. Tak ‘cool’ macam orang lain. Tercuit sikit je, marah, tersentuh sikit je marah. “Takpe, kalau dia rasa teruk sangat nanti dia panggil ko lagi”, cakap Syafiq. Ai…..
0 ulasan:
Catat Ulasan