Sambungan..
Sesi rawatan kedua adalah untuk bagi setel habis semua gangguan, kalau boleh.
Makcik D menceritakan mimpinya pada malam selepas selesai rawatan, bahawa ada 5 orang perempuan berpakaian putih datang dan memberinya makan sejenis pulut yang ada tercalit suatu bahan berwarna ungu.
( yang warna ungu tu bisa dari jin tu)
Aku tanya, adakah dia makan pulut tu? Jawabnya dia makan. Nampaknya kena lagi la tu.
Ruqyah di mulakan. Aku baru nak letak sudu besi, Makcik D dah bergerak-gerak kerana dah mula terasa aura bacaan Bismillah 5. Bisa yang tarik guna sudu dan limau masih belum mencukupi.
Aku cuba tolak pulut ghaib yang diletakkan dalam perut Makcik D tu keluar. Sambil membaca ruqyah aku membuat gerakan menolak. Makcik D termuntah angin dan air liur. Kemudian makcik D bgtau yang pulut tu tersangkut dalam tekak, beliau benar-benar terasa seperti ada pulut dalam tekaknya, tetapi ia tidak dapat dilihat dengan mata zahir (objek ghaib).
Takpe, try buat TKR (Teknik Kembara dan Rawat) lak.
Setelah dibacakan ayat-ayat Ruqyah tertentu, Makcik D memulakan kembara di alam ghaib sambil dipandu oleh aku.
Gangguan dalam rumah hanya minimal aje. Gangguan sihir pada anak perempuannya dapat jugak di setelkan walaupun banyak, dan sisa-sisa tu hanya kena mandi limau.
Tiba giliran Makcik D sendiri, aku menyuruh makcik D berselawat dan meminta sarung tangan khas dari Allah yang dapat melindungi dari bisa jin dan sihir. Setelah itu segala bisa di vakum keluar dan dicampak ke laut. Begitu juga dengan pulut ghaib, perlahan-lahan Makcik D mengambil dengan tangan (secara ghaib) dan membuangnya dalam mangkuk air ruqyah berisi jus limau.
Kemudian Makcik D mengeluarkan pula batu-batu ghaib kecil yang menjadi punca sakit kepalanya selama ini, dan membuangnya ke laut.
Setelah itu, aku meminta Makcik D berdiri (secara ghaib) di depan jasadnya sendiri dan cuba melihat jin saka yang berada dalam badannya.
Aku: Makcik leh nampak saka tu?
Makcik D: Tak nampak.
Aku: cuba selawat ulang-ulang..
( Makcik D pun berselawat)
Makcik D: Masih tak nampak.
(Sesiapa yang ada saka, atau ilmu yang ada khodam jin, memang susah nak nampak jinnya sendiri. Kena orang lain yang dari perguruan lain, ‘scan’ barulah leh nampak atau tahu ada ke takde)
Aku: Takpe..
(Aku lak yang membaca selawat Tafrjiyah lalu menyentuh sedikit dahi Makcik D dengan hujung jari)
Makcik D: Ustaz ada sentuh kepala makcik tadi ye?
Aku: A, a , kenapa? Makin terang?
Makcik D: Ye, makin terang.
Aku: Cuba tengok saka tu sekali lagi.
(Makcik D memerhati jasadnya lagi).
Makcik D: Ye la, dah berakar.
(Maksudnya sebati atau dah lama. Saka sebegini tak sesuai di keluarkan secara drastik, kerana risiko pesakit akan menjadi lembik dan lemah berhari-hari dan juga mungkin akan hilang ingatan atau terus ke alam barzarkh. Aku juga tak mengalakkan pengunaan garam kalau nak keluarkan saka sebab ianya terlalu drastik)
Aku juga meminta Makcik D melihat di mana Khodam-Khodam Wali nya. Makcik D memberitahu bahawa mereka semua berada di tempat-tempat yang jauh. Nampak gaya mereka taknak terlibat dalam hal ni. Awal-awal dah lari dah.
Aku: Takpe, biarkan dulu. Kita takleh keluarkan terus. Kena keluarkan perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Caranya ialah dengan meminum air bacaan surah Yasin, setiap hari, tiga gelas sehari. InsyaAllah, ianya sedikit demi sedikit akan dapat disingkirkan.
Pastu giliran penyihir dan OKS untuk disetelkan. Ini bagi menghentikan kezaliman mereka dari berterusan. Caranya aku takleh bgtau kat sini atas sebab-sebab tertentu. Yang pasti, ianya dengan meminta dari Allah S.W.T jua.
Selesai sesi rawatan.
0 ulasan:
Catat Ulasan