TKR adalah singkatan kepada ‘Teknik Kembara dan Rawat’. Pesakit yang di ganggu makhluk halus di dalam tubuhnya sememang akan mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi terhadap alam ghaib, yang mana jika di bacakan ayat Al-Quran tertentu walaupun sedikit saja, penglihatan batin mereka akan terbuka dan mampu melihat alam ghaib. Kesempatan ini digunakan untuk merawat penyakit gangguan mistik terus kepada puncanya.
Dalam TKR, pesakit akan ‘mengembara’ di alam ghaib, dan memberitahu perawat tentang apa yang dilihatnya, dan perawat pula akan memandu pesakit dalam apa yang perlu dilakukan. Perawat membacakan ayat-ayat Ruqyah pada tangan pesakit dan pesakit menggunakannya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kadang-kala pesakit sendiri boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran yang mudah melalui bimbingan perawat.
Mata fizikal pesakit ditutup dengan ikatan kain agar dia dapat fokus pada penglihatan batinnya sahaja. Kemudian ayat-ayat berikut dibacakan dan di tiup pada ubun-ubun pesakit.
a) Ayat dari surah Al-An’aam
b) Ayat dari surah Al-Fath.
c) Selawat Syifa.
d) Ayat dari surah Qaff.
Kadang-kala, TKR akan menghadapi halangan (blocking) dari gangguan mistik yang merasa terancam, terutamanya dari jin-jin dan tukang-tukang sihir, dimana pesakit tidak akan nampak apa-apa selain gelap saja.
Oleh itu, penting sebelum memulakan TKR, terlebih dahulu perawat membacakan ruqyah, dan memberi minum air ruqyah kepada pesakit agar gangguan dapat dilemahkan. Kemudiannya, perawat boleh membiuskan gangguan jin dengan selawat, atau menundukkan jin berkenaan dengan ayat dari surah Sod, agar mereka tidak mengganggu kelancaran TKR.
Kadang-kala juga pesakit boleh TKR, tapi tidak dapat melihat apa-apa gangguan, ini menunjukkan bahawa pesakit samada ada menyimpan benda syirik seperti azimat, tangkal, wafaq, barangan perkhodaman, atau rumahnya dipagar dengan ilmu bathil (dari bomoh) dan sebagainya. Perkara-perkara ini perlu di tawarkan terlebih dahulu agar ia tidak menghalang keberkahan Allah untuk menyembuhkan pesakit.
Untuk melakukan TKR, perawat mestilah arif tentang ruqyah dan tentang selok belok alam ghaib,
1) Mengetahui ‘sistem’ yang diguna pakai oleh tukang sihir.
2) Mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk jin, jenis-jenis mereka, hierarki mereka, dan sistem alam jin.
3) Mengetahui kekuatan dan kelemahan tukang sihir. Mesti tahu kaedah-kaedah menghentikan kezaliman tukang sihir dan OKS.
4) Mengetahui tentang sistem sihir dan cara pengoperasian mereka.
5) Mengetahui tentang taktik dan bagaimana cara makhluk halus menganggu mangsa (pesakit).
6) Mengetahui lokasi-lokasi yang sesuai untuk membuang gangguan mistik
Pendek kata, perawat mesti berpengetahuan luas dalam ilmu rawatan.

0 ulasan:
Catat Ulasan