Makcik D memohon untuk dirawat selepas di ‘refer’ kan oleh anaknya yang juga salah seorang bekas pesakit aku dulu. Klu mendengar penerangan mereka sekeluarga, kira banyaklah juga ‘story’ nya.
Antaranya ialah:
- Adanya kehadiran saka dan asyik.
- Masa Makcik D muda, beliau telah disuruh belajar silat yang ada seru-seru jin.
- Pernah di sihir, di santau dan di busung.
- Pernah terambil pendamping-pendamping jin yang kononnya wali-wali, untuk menyelesaikan masalahnya.
Bagi mengelakkan Makcik D ‘bersilat’ masa aku baca ruqyah, terlebih dulu aku keluarkan ilmu silatnya dan ilmu-ilmu bathil yang lain. Prosesnya tak sampai 10 minit pun. Dah abis tu lega sikit.
Baru start ruqyah. Masa aku ruqyah, Makcik D tak henti-henti sedawa. Kemudian ‘terasa’ aura angin-angin ‘bisa’ mula tersebar. Aku guna sudu dan limau pun tak cukup nak buang angin bisa tu. Nampak gaya terpaksa mandi limau juga Makcik D ni nanti.
Buat sesi TKR lak (Teknik Kembara dan Rawat). Mata makcik D ditutup dengan kain, lalu aku membaca ayat-ayat Al-Quran dan hembuskan ke ubun-ubunnya. Bila Makcik D dah ‘terbuka’, maka kembara di alam ghaib pun bermula.
Aku: Cuba tengok rumah ni, nampak tak?
Makcik D: Tak nampak.
Aku: Tengok rumah jiran nampak?
Makcik D: Nampak.
Aku: Rumah ni balik?
Makcik D: Tak nampak.
(ni biasanya akibat rumah pesakit masih ada sisa-sisa sihir, menyebabkan ia ‘gelap’).
Aku: Takpe jalan je masuk rumah.
(Makcik D kembara masuk ke rumahnya)
Makcik D: Ada dua makhluk hitam kat depan laman. Satu di tiang letrik satu kat pokok bunga.
(kalau makhluk gelap tu, kita leh anggap ia jin sihir).
Aku: Takpe hembuskan doa ni.
(Makcik D pun menghembus doa kalimah Tammah yang aku bacakan pada tangannya).
Makcik D: Dah habis, takde dah.
(dua makhluk berkenaan telah di musnahkan oleh api kejar-kejar Kalimah Tammah)
Aku menyuruh Makcik D meninjau dalam rumah. Antara yang di jumpai adalah jin kecil rambut panjang, jin kak pon rambut panjang atas bumbung rumah, jin terbang yang terikat pada kemiyan (barang yang bomoh pernah bagi). Semua dapat di setelkan dengan izin Allah.
Kemudian aku meminta makcik D ‘scan’ tubuhnya sendiri, terdapat banyak wasap bisa (bisa najis jin) pada bahagian atas tubuhnya. Ada juga serbuk miang buluh (bisa santau), dan kakinya diselubungi dengan lendir hijau (bisa air liur jin).
Aku pun meminta Makcik D berdoa agar Allah memberinya mesin vakum hampagas. Makcik D berdoa dan berselawat, dan terus memegang mesin ‘vakum’ yang muncul didepannya, lalu menyedut keluar segala bendasing dari tubuhnya dan membuangnya ke laut.
Atas permintaan anak-anaknya, Makcik D juga sempat ‘scan’ seluruh family diaorang untuk mengesan jika ada pe2 gangguan mistik. Antara yang dijumpai ialah, termakan benda kotor, dan terkena sihir mainan orang pada dua anaknya.
Rawatan ditangguh ke masa lain, kerana untuk setelkan semua memang ambil masa yang panjang.
Bersambung….
0 ulasan:
Catat Ulasan