Isnin, 3 Oktober 2011

Gambar Facebook Kalis Sihir.

Camne nak buat supaya gambar anda di facebook kalis sihir dan sukar digunakan sebagai medium khianat cara batin.

Caranya:

1) Tadahkan tangan macam berdoa, dan baca ayat 81-82 dari surah Yunus, dan ayat ke 9 dari surah Yasin. Tiup ke tapak tangan dan sapu ke serata muka anda, kepala, leher, bahu, lengan, dada, dan mana-mana part tubuh anda yang akan ditayangkan dalam gambar.
2) Ambil gambar anda sendiri (shoot photo).
3) Upload gambar berkenaan ke facebook anda, dan padam gambar anda yang lain. Hanya tayang gambar baru tu je.

InsyaAllah, ayat Al-Quran pada diri anda dalam gambar itu akan “permanent” selagi mana gambar tu ada.

Tukang-tukang sihir juga akan sukar nak guna “mata scan” mereka pada gambar anda, dan jika mereka cuba nak hembus-hembus sihir melalui gambar anda, insyaAllah sihir berkenaan akan terpantul balik kepada mereka.

Sekarang tinggal nama anda, lak. Pandai-pandai la ejas nama anda di facebook pakai nickname ke, nama manja ke (yang kawan-kawan kenal), jangan pakai nama penuh sudah.

0 ulasan:

Catat Ulasan