Aku ambil kaedah ni dari internet, yang tukang ajar tak letak nama khusus, dia hanya buh nama Jurus Hikmah.
Aku pernah test, natijahnya kepada jin amatlah dahsyat.
Bab-bab yang hentak kaki tu, takyah pun takpe kot.
Jurus ini adalah untuk memberi kerosakan dan kebinasaan kepada musuh samada manusia atupun jin. Tujuan jurus ini adalah untuk memberi menghentikan kezaliman musuh, agar perbuatan zalimnya tidak terus menerus berlanjutan. Syaratnya, sasaran itu mestilah seorang yang zalim dan banyak berdosa kepada anda dan orang lain.
Tatacara Melancarkan Jurus.
1) Berdiri dan pasang kekuda. Kedua-dua tangan disisi badan anda dengan tapak tangan mengadap ke langit.
2) Baca surah Al-Fill hingga selesai.
3) Kemudian terus hembus nafas dengan deras seraya melakukan gerakan melancarkan jurus iaitu, hentakkan sebelah kaki anda ke lantai, sambil, tepukkan kedua tapak tangan dengan kuat ke hadapan (semua jari menghadap hadapan) dengan berdoa dalam hati agar Allah membinasakan musuh anda.
4) Natijahnya, musuh samada mengalami kesakitan yang teruk, ataupun cedera yang parah.
Kaedah Penjazaman.
Penjazaman dilakukan selama 7 hari.
Dalam setiap solat fardhu, baca surah Al-Fill pada rakaat pertama dan kedua (selepas Al-Fatihah). Kemudian baca lagi surah Al-Fill 7x selepas solat.
Kemudian selama tempoh penjazaman (7 hari berkenaan), bangun setiap sepertiga malam untuk solat hajat. Lalu, jazamkan lagi surah Al-Fill sebanyak 40x.
Pada hari ke lapan, boleh lah melaksanakan tatacara melancarkan jurus seperti di atas. Jurus boleh dilancarkan tanpa melihat sasaran anda (jarak jauh). Niatkan sahaja siapakah sasaran anda berkenaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan