Isnin, 26 September 2011

Jurus Bayu Hisni.

Asal kaedah serangan ni adalah dari satu ilmu jurus persilatan yang dikenali sebagai Jurus Bayu Vajra, berasal dari tanah seberang. Asalnya ia ada bacaan mantera jawa dalam selepas bacaan ayat Hisni (at-Taubah: 128-129), tapi aku dah buang mantera tu dan ambik ayat Hisni je.

Apa tu ayat Hisni? itulah ayat "Laqad ja akum" dari surah at-Taubah ayat 128-129.

Klu nak guna kat jin, takyah jazam pun takpe kot. Tatacara melancarkan jurus, tarik nafas, baca ayat Hisni, kemudian hembus nafas dengan deras sambil membuat gerakan tangan ke hadapan (macam buat serangan silat), jangan sentuh pesakit lak.

Natijahnya, jin akan terpelanting.

Tapi aku lebih suka guna ayat Hisni untuk buat serangan pedang, damage nya lebih sikit. Err, kaedahnya ni ada persamaan ngan teknik Pedang Husni ke? Wallahualam, teknik Pedang Husni aku tak pernah belajar, jadi tak tau cam mana. Mungkin ada pembaca leh jawab.

Aku pernah ajarkan kaedah pedang Hisni kepada seorang pesakit yang memang dah hafal ayat ni. Dan dia berjaya mencantas jin ular (masa TKR) yang entah kenapa tak dapat dicantas dengan pedang Al-Fatihah (Al-Fatihah mudah sikit pesakit nak baca).

 Wallahualam.

0 ulasan:

Catat Ulasan